Monday, March 17, 2008

Anggaran 5 Dozen Biskut

Bahan A :

Diayak bersama :

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikabonat

Bahan B :

1 cawan nestum
1/2 cawan cip putih
1/2 cawan cip strawberi
1/2 cawan cip coklat kopi
1 cawan hirisan badam
150 gram mentega @ marjerin
120 gram gula kastor
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara :

Ayak bersama bahan (A) masukkan nestum, cip dan badam, gaul rata dan tepikan. Krim mentega dan gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telur dan esen, kacau rata. Kaup balikkan bahan (A) gaul sebati. Ambil 1 camca teh adunan dan letakkan di atas dulang yang telah lenser, jarakkan biskut untuk biskut mengembang. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 175 Celsius selama 10-15 minit atau hingga kekuningan

Hiasan :

Coklat masakan
Coklat putih
Manik warna warni
0

Tuesday, March 4, 2008

Bahan-Bahan:

6 cawan nasi
2 keping isi ayam(rebus-potong dadu)
6 biji bawang puteh (cincang)
1 biji bawang besar(hiris)
4-5 biji telor
2 sudu makan lada hitam
1 chicken kiub
Sayur kobis (hiris)
Sadikit daun bawang
6 sudu kicap manis cap kipas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

1)Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan bawang hiris,goreng hingga bawang layu.Masukan daging ayam.Goreng lagi lebihkurang lima minit.
2)Masukan telur,digaul hingga separuh masak,masukan kicap dan lada hitam.Gaul rata.
3)Masukan sayur kobis,nasi dan chicken kiub,digoreng lagi hingga lima atau pun sepuluh minit baru masukan daun bawang
dan tutup api.

Cadangan Hidangan:

Lebih enak dimakan ketika masih panas.

Tambahan:

Bagi yang suka pedas bolehlah taruh lebih lada hitam.
0

Bahan-Bahan:

Beras (mengikut sukatan sendiri)
Daun pandan
2 kiub pati ayam
2 biji bawang besar Bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kayu manis
1 senduk majerin - untuk menumis
Halia sebesar ibu jari

Cara:

1. Basuh beras dan toskan nya.

2. Panaskan marjerin dan tumis bawang/daun pandan/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga dan kayu manis sehingga naik wangi.

3. Kemudian masukkan beras goreng sebentar
Setelah itu masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam.

4. Akhir sekali masukkan sedikit garam.
2

Bahan-Bahan:

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.
0

Bahan-Bahan:

1kg ketam bunga
sebuk kunyit
garam
myk untuk goreng Bahan A;
cili kering(rendam & kisar)
bawang besar
bwg putih
1cm halia
1tagkai serai

Bahan B:

2tbsp sos tiram
3 tbsp sos cili
4tbsp sos tomato
garam n gula secukup rasa

Cara:

Gaulkan ketam dgn kunyit & garam. Goreng kan ketam dengan mengunakan minyak yg sama(minyak mengoreng ketam). Tumis bahan A hinga naik wangi. Masukkan bahan B. Tumis hingga pecah minyak. Masukan ketam yg digoreng. Kacau rata. SEDIA DI HIDANGKAN

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan dgn nasi panas.SELAMAT MENCUBA!!
0

Bahan-Bahan:

300 gm beras, dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai, dititik
½ ekor ayam Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara:

Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.
0

Bahan-Bahan:

3 biji mangga muda - mayang memanjang
5 ulas bawang merah - hiris nipis
6 biji cili api - potong kecil
Ikan bilis - digoreng
Kacang Tanah - digoreng 1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil air perahan
2 helai daun salad
Garam secukup rasa

Cara:

1. Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.

2. Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.

3. Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.

4. Sedia untuk dihidang.

Cadangan Hidangan:

Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Tambahan:

Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan +- 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.
0

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering -
dikisar
6 biji bawang merah - dikisar
1inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sm kunyit hidup - dikisar

Air asam jawa

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam jawa, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.
0

Bahan-Bahan:

600 gm sotong kembang
2 sudu besar asam jawa
2 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam

Sos Cili
Sos Tomato
3 biji bawang besar (dihiris cincang)

Bahan-bahan kisar:

200 gm cili kering

1 Biji bawang merah
3 Ulas bawang putih
Setengah Inci Halia

Setengah Inci Kunyit Hidup

Cara:

Panaskan sedikit minyak. Gorengkan bahan-bahan kisar tadi biarkan ia menjadi gelap sedikit. Tumiskan bersama sehingga terbit minyaknya. Setelah itu, masukkan asam jawa, gula dan garam. Kemudian masukkan sedikit sos cili dan sos tomato. Kemudian baru masukkan sotong. Tumiskan semula hingga benar-benar rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
0

Monday, March 3, 2008

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]

2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT

Bahan


250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan
0

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling:

15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja
0

Sunday, March 2, 2008

Bahan-Bahan:

Untuk kuah

10 ekor ikan kembung

2 ekor ikan tenggiri / parang
20 ulas bawang merah - kisar
10 ulas bawang putih - kisar
2 peket kecil perencah kari ikan Adabi
10 cili kering - kisar

Santan (sebiji kelapa) boleh guna santan segera
Kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
Gula

Garam
Minyak untuk tumis
2 batang serai, dititik (atau boleh blend dengan bawang)

Cara:

Gaulkan isi ikan dengan bahan yang dikisar, cili kering dan perencah kari ikan adabi. Kemudian tumiskan bahan-bahan tersebut. Masukkan serai dan tumiskan hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan santan. Kemudian gaul sehingga sebati dengan isi ikan tadi. Kemudian masukkan kerisik. Gaulkan sebati dan biarkan ia mendidih untuk beberapa minit.


Cadangan Hidangan:

Untuk hidangan

1. Satu peket spaghetti, rebus al dente* - laksa Johor ni kalau guna laksa beras tak sedap
2. Sebiji timun - hiris bulat dan mayang halus (macam batang mancis pun boleh)
3. Taugeh - basuh
4. Daun selasih - basuh dan mayang
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak (optional) - basuh dan hiris nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. Sambal - (10/15 cili kering rebus/cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan bakar anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)

Method

Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, pour sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata)

Tambahan:

Makan dengan tangan lagi best.

(* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit(ikut instruction kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. This is to avoid the pasta from continuing cooking in its own heat. kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji)


0

Author