Monday, May 26, 2008

Bahan-Bahan:

Bahan A:
500gm ikan pari

Bahan B:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seulas halia
seulas kunyit hidup

Bahan C:(air asam)
5 tangkai cili padi (dikisar)
5 ulas bawang kecil (dikisar)
10 gm asam jawa
½ sudu teh gula
½ sudu teh garam

Cara:
1. Perap ikan pari bersama Bahan B. kemudian bakar ikan sehingga masak.

cara membuat(air asam):
gaul semua bahan .

Cadangan Hidangan:
Dimakan bersama nasi putih dan masakan kampung.

Tambahan:
Kalau nak pedaskan air asam masukkan cili padi
0

Wednesday, May 21, 2008

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam
1 ¼ butter
11 oz tepung gandum (diayak)
500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak)
3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung)
350 ml susu (susu segar)
2 camca teh esen vanila
1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung
2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung

Cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak.

Tambahan:

Ia akan lebih sedap dimakan selepas kerana ia akan lebih lembap. Kandungan gula buleh dikurangkan sedikit untuk mengelakkan terlalu manis
0

Tuesday, May 13, 2008

Bahan-Bahan:

Ayam dipotong kecil
3 biji kentang-diptong 4
sup bunjut
sedikit lada hitam-ditumbuk halus
bawang merah-ditumbuk
bawang putih-ditumbuk
halia-ditumbuk sedikit garam secukup rasa
sedkit ajinomoto
daun sup dan daun bawang- dihiris
sedikit minyak masak
Sedikit air


Cara:

Masukkan minyak masak kedalam periuk, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air bersama kentang biarkan air mengelegak dan kentang empuk. Jangan lupa masukkan sup bunjut dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi. Kemudian masukkan ayam, biarkan kuah tadi mengelegak dan ayam tadi masak. Masukkan garam dan ajinomoto sesedap rasa, kecilkan api taburkan daun sup dan daun bawang. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

1. kalau suka masukkan bawang goreng , kalau untuk hingan anak-anak masukkan lobak merah dan tomato.

2. Jika nak makan sehingga keesokkan hari, panaskan sentiasa tapi bila panas jgn ditutup periukya. renggangkan saje.

0

Author