Wednesday, September 2, 2009

Bahan - Bahan

1 Kg Corn Flakes
Coklat masakan
Hiasan manik atau ceri
Cawan kertas saiz kecil

Cara - Cara

Masukkan corn flakes ke dalam mangkuk dan hancurkan sedikit. Kemudian cairkan coklat masakan tadi dan masukkan sedikit butter untuk menjadikan coklat masakan itu lebih cair. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang mengandungi corn flakes tadi dan gaulkan. Selepas itu ambil sudu dan masukkan corn flakes coklat tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan ceri. Bakarkan untuk memastikan corn flakes itu tidak lemau.
0

Bahan - Bahan



500 gm Tepung Top
300 gm Butter
150 gm Gula
500 gm badam
Cooking chocolate
Hiasan badam cincang atau manik
Cawan kertas saiz kecil



Cara - Cara



1. Pukul butter dan gula sehingga kembang kemudian gaulkan dengan tepung top sehingga menjadi doh.



2. Kemudian bentuk doh tersebut bulat2 dan anda boleh meletakkan badam atau kacang lain sebagai isi kemudian susun di atas dulang untuk dibakar.



3. Setelah masak masukkan biskut tadi ke dalam cawan kertas.



4. Kemudian cairkan coklat masakan, anda boleh meletak sedikit butter atau majerin untuk menjadikan coklat masakan itu cair sedikit dan tuangkan coklat masakan tadi di atas biskut yang berada di dalam cawan kertas tadi.



Hiasan



Anda boleh menghiaskan biskut tadi dengan badam cincang atau manik atau hiasan2 lain.
0

Sunday, March 15, 2009

Bahan-bahan

Daging
Perencah Blackpepper perisa Maggi
Sos Blackpepper
Daun Bawang - dihiris
Limau Nipis - dibelah dua
Bawang Besar - dihiris
Cili Api - dihiris

Cara-cara

1. Hiris daging nipis-nipis kemudian potong limau nipis dan diperah jusnye ke daging-daging tersebut. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir daging tersebut.
2. Kemudian tumis daging tersebut tanpa menggunakan minyak dan tunggu hingga daging tersebut mengeluarkan minyaknya sendiri.
3. Masukkan perencah blackpepper maggi dan gaul hingga rata, kemudian masukkan sos blackpepper dan gaul hingga sebati, masukkan air sedikit. Biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan bawang besar, daun bawang dan cili api sebagai penambah perisa. Biarkan seketika sehingga betul-betul sebati.
0

Tuesday, January 6, 2009

Bahan-bahan :

5 hingga 10 ikat tempe (ikut suka)
Bawang putih (ditumbuk)
Garam

Cara-cara :

Potongkan tempe tersebut secara serong, masukkan bawang putih dan larutan garam. Gaul hingga sebati dan biarkan untuk seketika. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Gorengkan tempe tadi sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan hidangkan untuk seisi keluarga menikmatinya.
1

Bahan-bahan :

190 g tepung serbaguna
10 g baking powder
6 g garam
10 g gula
295 ml susu segar
1 biji telur
45 g butter (dicairkan)


Cara-cara :

1. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, garam dan gula ke dalam mangkuk.
2. Gaulkan secara rata dan kemudian masukkan susu segar, telur dan butter. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan kuali dan masakkan ia dengan memasukkan 1/4 cawan sebatian tersebut.
4. Masak sehingga kedua-dua belah pancake tersebut bertukar warna keperangan-perangan.

Cara Makan :

Anda boleh tambahkan dengan madu, coklat atau jem buah-buahan ketika makan pancake tersebut.
0

Author