Wednesday, September 2, 2009

Bahan - Bahan

1 Kg Corn Flakes
Coklat masakan
Hiasan manik atau ceri
Cawan kertas saiz kecil

Cara - Cara

Masukkan corn flakes ke dalam mangkuk dan hancurkan sedikit. Kemudian cairkan coklat masakan tadi dan masukkan sedikit butter untuk menjadikan coklat masakan itu lebih cair. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang mengandungi corn flakes tadi dan gaulkan. Selepas itu ambil sudu dan masukkan corn flakes coklat tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan ceri. Bakarkan untuk memastikan corn flakes itu tidak lemau.
0

Bahan - Bahan



500 gm Tepung Top
300 gm Butter
150 gm Gula
500 gm badam
Cooking chocolate
Hiasan badam cincang atau manik
Cawan kertas saiz kecil



Cara - Cara



1. Pukul butter dan gula sehingga kembang kemudian gaulkan dengan tepung top sehingga menjadi doh.



2. Kemudian bentuk doh tersebut bulat2 dan anda boleh meletakkan badam atau kacang lain sebagai isi kemudian susun di atas dulang untuk dibakar.



3. Setelah masak masukkan biskut tadi ke dalam cawan kertas.



4. Kemudian cairkan coklat masakan, anda boleh meletak sedikit butter atau majerin untuk menjadikan coklat masakan itu cair sedikit dan tuangkan coklat masakan tadi di atas biskut yang berada di dalam cawan kertas tadi.



Hiasan



Anda boleh menghiaskan biskut tadi dengan badam cincang atau manik atau hiasan2 lain.
0

Author