Wednesday, September 2, 2009

Biskut Corn Flakes Coklat

Bahan - Bahan

1 Kg Corn Flakes
Coklat masakan
Hiasan manik atau ceri
Cawan kertas saiz kecil

Cara - Cara

Masukkan corn flakes ke dalam mangkuk dan hancurkan sedikit. Kemudian cairkan coklat masakan tadi dan masukkan sedikit butter untuk menjadikan coklat masakan itu lebih cair. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang mengandungi corn flakes tadi dan gaulkan. Selepas itu ambil sudu dan masukkan corn flakes coklat tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan ceri. Bakarkan untuk memastikan corn flakes itu tidak lemau.

No comments:

Author