Ikan Botok-Botok

Bahan A


1 ekor ikan tenggiri / ikan kembung
3 sudu minyak masak
Beberapa helai daun pisang
1 ikat daun kaduk, daun cekur, daun kesum, daun selasih, daun limau purut, pucuk keledek, pucuk ubi, pucuk betik, pucuk teh, pucuk buas, pucuk mengkudu, pucuk mengkudu belanda dan pucuk puding mangkuk


Bahan B


8 tangkai lada kering
1 batang serai
4 cm lengkuas
2 ulas bawang putih 
2 ulas bawang merah
4 cm halia
2 cm kunyit
Sedikit rempah Ketumbar, jintan putih, jintan manis dan lada putih


Bahan C


2 sudu besar kerisik
1 sudu besar asam
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula


Cara-cara


1. Cuci bersih semua pucuk daun dan kemudian tuskan.
2. Bersihkan ikan dan tuskan.
3. Kisar semua bahan B hingga lumat.
4. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan B, kemudian masukkan kesemua bahan C.  Setelah kuah agak likat, matikan api lalu masukkan ikan dan gaul rata.
5. Di atas selembar daun pisang, letakkan beberapa helai pucuk daun, kemudian letakkan ikan bersama sedikit rempah.  Tutup ikan dengan beberapa jenis pucuk daun lagi.
6. Kemudian bungkus kemas dengan daun pisang yang dijadikan pengalas.  Kukus selama 30 minit. 
7. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan panaskan ketika hendak makan

1 comments:

Halizah Hassan said...

SEDAP.... MEMANG SEDAAAPPP... TAK CAYA CUBA... MAKAN NGAN NASI PANAS LAK TU......


up