Tuesday, May 10, 2011

Bahan-bahan


1 Paket perencah mee rebus adami
10 ekor udang
100 gram daging
1 Paket Mee Kuning


Bahan Hiasan


Taugeh
Sayur Sawi
Tauhu - Digoreng dan dipotong-potong
Telur rebus
Bawang goreng.


Cara-cara


1. Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk
2. Masukkan perencah adami.
3. Masukkan daging dan biar kuah mendidih dan menjadi likat.
4. Setelah itu masukkan udang.
5. Setelah kuah menjadi likat dan daging telah empuk. Boleh dihidangkan.


Tips :


Masukkan mee ke dalam mangkuk. Dan masukkan hiasan-hiasan yang ada dan sedia untuk dimakan.
0

Sunday, May 1, 2011

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
30 gram fatt choy (sejenis rumpai laut seperti rambut) - perlu direndam selama 15 minit
20 gram bawang putih - dibuang kulit sahaja
100 ml stok ayam
20 gram sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Ayam digoreng buat seketika dengan teknik deep fry. Kemudian ketepikan.
2. Kemudian goreng bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sehingga ayam lembut.
4. Perasakan dengan garam dan kemudian letakkan fatt choy. Biarkan selama lima mint dan sedia untuk dihidang.
0

Thursday, April 14, 2011



Bahan-bahan


Cheese & Herbs Prego Pasta Sauce
Spaghetti
Italian Herbs
Parmesan Cheese
Shitake Mushroom
Bebola Daging
Daging Kisar (Disagai)
Bawang Holland (Dicincang)
Bawang Putih (Dicincang)
Olive Oil


Cara-cara


1.  Letakkan periuk di atas api dan biarkan air di dalam periuk mendidih kemudian masukkan spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit olive oil
2.  Letakkan periuk di atas api. Kemudian letakkan satu sudu olive oil. 
3.  Masukkan bawang holland dan bawang putih kemudian ditumis sehingga naik bau wangi.
4.  Tuangkan sos prego Cheese & Herbs dan masukkan air setengah tin sahaja.
5.  Kemudian masukkan bebola daging dan cendawan shitake. Kacau perlahan-lahan.
6.  Masukkan parmesan cheese satu mangkuk kecil. dan italian herbs setengah sudu besar.
7.  Biarkan masak dan kacau sehingga kuah tadi sebati. 
8.  Sedia untuk dihidang.


Tips :


Satu tin prego boleh dihidang untuk 2 orang dewasa makan.
0

Saturday, April 9, 2011

Bahan A


20 tangkai kacang botol
Taugeh 20 sen
1 cawan kubis
1 labu bawang besar
5 biji limau kasturi
1 sudu besar gula
Setengah biji kelapa parut
Garam secukup rasa


Bahan B (Dikisar)


5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering


Cara-cara


1.  Semua sayur dihiris, dibasuh dan ditoskan.
2   Masukkan bahan yang dikisar, kelapa dan garam ke dalam kuali. Kacau hingga agak kering.
3.  Tutupkan api. Kemudian masukkan semua sayur, gula dan limau kasturi (jusnya). Kacau rata.
4.  Sedia untuk dihidang.


Tips tambahan


1. Anda mungkin boleh menghiris limau kasturi tersebut dan gaulkan bersama.
0

Monday, March 28, 2011

Bahan-bahan

500gm sengkuan cina dipotong dadu
2 sudu makan tepung jagung
750ml santan 
750ml air
240 gm gula
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya untuk dijadikan bekas kuih tako

Cara-cara

1.  Panaskan air sehingga mendidih dan kemudian masukkan sengkuang cina dan gula. Kacau selama 5 minit dan kemudian masukkan satu sudu tepung jagung. Biarkan seketika dan ketepikan.

2.  Kemudian masukkan santan di dalam periuk lain dan letakkan sedikit garam. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan tepung jagung. Biarkan seketika.

3.  Sediakan bekas tako yang diperbuat dari daun pandan.  Tuangkan adunan 1 sehingga separuh bahagian bekas. Biarkan sehingga ia keras.

4.  Kemudian tuangkan adunan kedua dan biarkan pada suhu bilik.

5.  Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Tips : Kuih tako sedap dimakan sekiranya ia sejuk.
1

Author