Monday, March 28, 2011

Bahan-bahan

500gm sengkuan cina dipotong dadu
2 sudu makan tepung jagung
750ml santan 
750ml air
240 gm gula
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya untuk dijadikan bekas kuih tako

Cara-cara

1.  Panaskan air sehingga mendidih dan kemudian masukkan sengkuang cina dan gula. Kacau selama 5 minit dan kemudian masukkan satu sudu tepung jagung. Biarkan seketika dan ketepikan.

2.  Kemudian masukkan santan di dalam periuk lain dan letakkan sedikit garam. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan tepung jagung. Biarkan seketika.

3.  Sediakan bekas tako yang diperbuat dari daun pandan.  Tuangkan adunan 1 sehingga separuh bahagian bekas. Biarkan sehingga ia keras.

4.  Kemudian tuangkan adunan kedua dan biarkan pada suhu bilik.

5.  Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Tips : Kuih tako sedap dimakan sekiranya ia sejuk.
1

Author