Tuesday, May 10, 2011

Bahan-bahan


1 Paket perencah mee rebus adami
10 ekor udang
100 gram daging
1 Paket Mee Kuning


Bahan Hiasan


Taugeh
Sayur Sawi
Tauhu - Digoreng dan dipotong-potong
Telur rebus
Bawang goreng.


Cara-cara


1. Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk
2. Masukkan perencah adami.
3. Masukkan daging dan biar kuah mendidih dan menjadi likat.
4. Setelah itu masukkan udang.
5. Setelah kuah menjadi likat dan daging telah empuk. Boleh dihidangkan.


Tips :


Masukkan mee ke dalam mangkuk. Dan masukkan hiasan-hiasan yang ada dan sedia untuk dimakan.
0

Sunday, May 1, 2011

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
30 gram fatt choy (sejenis rumpai laut seperti rambut) - perlu direndam selama 15 minit
20 gram bawang putih - dibuang kulit sahaja
100 ml stok ayam
20 gram sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Ayam digoreng buat seketika dengan teknik deep fry. Kemudian ketepikan.
2. Kemudian goreng bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sehingga ayam lembut.
4. Perasakan dengan garam dan kemudian letakkan fatt choy. Biarkan selama lima mint dan sedia untuk dihidang.
0

Author