Sunday, May 1, 2011

Ayam Fatt Choy

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
30 gram fatt choy (sejenis rumpai laut seperti rambut) - perlu direndam selama 15 minit
20 gram bawang putih - dibuang kulit sahaja
100 ml stok ayam
20 gram sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Ayam digoreng buat seketika dengan teknik deep fry. Kemudian ketepikan.
2. Kemudian goreng bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sehingga ayam lembut.
4. Perasakan dengan garam dan kemudian letakkan fatt choy. Biarkan selama lima mint dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Author